Solid Surface

Kelebihan solid surface:-




  • Senang dipelihara. Permukaan calar boleh dibaiki dengan menggosok kertas pasir halus.
  • Tiada sambungan. Jika ada pun ia tidak akan kelihatan. Oleh itu ia senang dibersihkan dan tidak menyimpan bakteria.
  • Tahan haba yang tinggi sehingga 240 darjah C. (Walaupun begitu anda tetap dinasihatkan supaya menggunakan pelapik jika mahu meletakkan periuk panas di atas permukaan solid surface).
  • Boleh menghasilkan rekaan yang unik kerana ia boleh dibentuk secara khusus mengikut rekaan berkenaan.

Kabinet Dapur dan wardrobe di Mont Kiara

Kabinet dapur yang ditampilkan dalam portfolio ini ringkas saja tetapi berbeza sedikit dari segi bahan binaannya. Ia menggunakan kepingan formica. Formica adalah kepingan ply yang telah sedia dilapisi dengan lapisan formica sebagai kemasan. Skim warna yang menjadi pilihan tuan rumah untuk dapurnya jelas sekali iaitu putih dan warna moden.









                                   

Rekaan kabinet dapur kayu berona tradisional yang hangat dan evergreen

Portfolio ini memaparkan rekaan dapur kayu moden dengan warna tradisional yang telah siap kami pasang untuk pelanggan kami di beberapa buah tempat.Tuan rumah berpendapat kabinet dari kayu lebih evergreen berbanding yang berkonsepkan kontemporari moden. Kayu juga tahan lebih lama dan semakin cantik di telan masa.

Saya berpendapat kabinet dapur dari kayu nyatoh ini memberi rona hangat kepada ruang dapur di samping kelihatan elegan dan teguh.


















Copyright © 2010 " MS AERODIA TRADING & SERVICES " All rights reserved.
Wordpress Theme by Templatesnext . Blogger Template by Anshul Dudeja